Monday, May 3, 2010

QURBAN



TUJUAN QURBAN

Qurban dilakukan semata-mata kerana Allah pada hari Raya Haji dan hari2 Tasyriq ( 11,12 dan 13 Zulhijjah )

HUKUMNYA

Ada ulama mengatakan sunat dan ada pula yang mengatakan wajib.

BINATANG2 YANG SAH DIQURBANKAN


1. Kambing biri2 yang berusia satu tahun lebih.
2. Kambing biasa yang berusia dua tahun lebih.
3. Unta yang berusia lima tahun lebih.
4. Lembu atau kerbau berusia dua tahun lebih.
5. Binatang yang buta, sakit, kurap dan yang kurus tidak sah dijadikan.
SUNAT-SUNAT KETIKA SEMBELIH
1. Membaca Bismillah
2. Membaca selawat Nabi
3. Membaca takbir
4. Berdoa agar Allah menerima ibadat qurban itu.
5. Binatang yang disembelih itu dihadapkan ke kiblat

HUKUM DAGING QURBAN

1. Qurban Nazar
Apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan qurban maka wajiblah ke atasnya melaksanakannya. Dagingnya wajiblah disedekahkan semuanya. Ia tidak boleh dimakan dan menjualnya.
2. Qurban Sunat
Daging qurban sunat boleh dimakannya dan disedekahkan.Daging qurban tidak boleh dijual.

(RUJUKAN ASAS2 FARDU AIN-US.SULAIMAN ENDUT/MS234)

Tuesday, April 20, 2010

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

1. TUJUAN

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.

2. PENDAHULUAN

2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN

3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

3.1.1 Takrif

3.1.2 Program Hiburan

3.1.3 Persembahan Muzik

3.1.4 Lirik Lagu

3.1.5 Persembahan Artis

3.1.6 Persembahan Tarian

3.1.7 Tanggungjawab Penganjur

3.1.8 Kesimpulan

3.2 Takrif

3.2.1 Hiburan

Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).

3.2.2 Nyanyian

Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).

3.2.3 Muzik

Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).

3.2.4 Tarian

Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).

4. GARIS PANDUAN

Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;

a) Program Hiburan

i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

b) Persembahan Muzik

i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.

ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

iii. Tidak melalaikan.

c) Lirik

i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.

iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.

iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.

v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.

vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.

viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

d) Persembahan Artis

i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

e) Persembahan Tarian

i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

f) Tanggungjawab Penganjur

Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.

5. Kesimpulan

Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.

RUJUKAN

1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.

2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.

4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.

7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.



[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)

[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

Tarikh : 14 Januari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian
Editor : PRO JAKIM
Hits : 15420

Monday, April 5, 2010

hak seorang muslim.....


"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah
( dengan mengucapkan 'yarhamkallah' dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah
(kepemakaman )."
*Diriwayatkan oleh Imam Muslim*

kesabaran....


sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman...setiap insan akan diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam mengharungi sebuah kehidupan yang diredhai...
oleh itu,saya mengingatkan diri saya dan rakan2 diluar sana untuk bersabar terhadap apa jua kesulitan hidup....

Thursday, April 1, 2010

DOA UNTUK IBU BAPA



YA TUHAN KU, AMPUNILAH AKU, KEDUA ORANG TUA KU DAN SEMUA KAUM MUSLIMIN DI HARI KIAMAT.
YA ALLAH, SAYANGILAH KEDUA ORANG TUA KU SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI AKU WAKTU AKU MASIH KECIL DAHULU......

menyusuri alam barzah.......



setiap yang hidup akan merasai kematian tapi tak da siapa yang tahu tarikhnya....
hukum menguruskan jenazah seorang muslim merupakan fardu kifayah.... oleh itu pihak opis telah anjur satu seminar berkaitan pengurusan jenazah di sebuah masjid di Perak... oleh kerana susah nak upload gambar, maka 2 keping je dapat disajikan untuk tatapan bersama......

Saturday, March 27, 2010

PUAS KU MENANTI ......

assalamualaikum buat semua yg sudi menjenguk tratak ku yg selalu usang dan bersawang ini. kini baru ku berkesempatan mengedit halaman beritaku yg tidak pernah terbit dlm mana2 buletin terkini ...

semalam semasa di ofis aku terima panggilan dr bonda yg dah beberapa hari berkunjung ke rumah abg2 dan kakak2 ku di KL .. dah rindu kt kampong ler tu , call aku suruh dtg ambil , aku pun kontek adik di Taiping .
lepas waktu kerja baru ler bertolak . tak cabut lari waktu bekerja , nak barokah kan . ha ha ha

dr rumah kakak di KD aku bersama adik n anak buah ingin merayau2 kat tengah bandaraya.
ingin menukar selera , parking kete kat stesen komuter Sg Buloh .. menuju PWTC


mana ler teman ni , tak sampai2 lagi , boleh caya ka ???

gerabak2 ni ler yg kami tunggu , ohh begini
rupanya rasa naik keretapi .

setelah PWTC dapat ku tawan ...


adik oiii , tunggu mak we ke saper ???

Wednesday, January 27, 2010

MENUJU PUNCAK IMPIAN

Assalamualaikum...
rentetan drpd berkonvoi ke Pahang , Johor dan Melaka . diri ku , adik n bonda bermalam di rumah kakak sulong di KD . kami 2 beradik masih bercuti .. 26 Jan 2010 kami bersama abang ipar memecah bayu pagi menuju ke bandaraya Kuala Lumpur . destinasi yg kami tujui ialah KL TOWER . kali pertama aku menjejaki kaki ke sini , kebetulan abang ipar ku staf TM , jadi kami dapat ler diskaun harga tiket .

catatan indah daku bersama bonda tercinta

tunggu kejap ek , daku nk teropong , siapa yg kena .............

lagak seorang COWBOY .....


hai putih !!! jangan kau tinggalkan bijih mu di atas bahu ku .

tak dapat bawa kat F1 , kat sini pun jadi ler .....

Tuesday, January 26, 2010

MENJEJAK KASIH


bergambar bersama keluarga yg berkonvoi ke Pahang , Johor dan seterusnya ke Melaka

selepas waktu keje 22hb jan, maka bermulalah perjalanan ke selatan tanah air bersama adik dan ibu tercinta.....niat asal hanyalah untuk makan kenduri je kat pahang..... sampe di KL ,berkonvoilah 3 biji keta ke pahang n johor melalui N9..... letih memandu pun tak hilang lagi nie....